Friday, 9 December 2011

Suku kata KVK

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 05:58 0 comments
Mari eja dan bunyikan Perkataan KVK (Suku kata Tertutup)

Berdidik Hibur

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 05:28 0 comments
Mari kita menyanyi sambil mencari perkataan yang mengandungi suku kata terbuka..

Thursday, 1 December 2011

Mari Baca

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 08:10 0 comments
Batangkan Perkataan dan Baca Ayat Mudah

Lembaran Kerja Perkataan KV+KV

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 07:31 0 comments

Wednesday, 30 November 2011

Perkataan KV+KV

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 06:46 0 comments
Mari eja dan baca perkataan

Perkataan Bergambar KV+KV (Perkataan Suku Kata Terbuka)








Wednesday, 23 November 2011

Lembaran Kerja Perkataan V+KV 1

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 20:55 2 comments

Perkataan V+KV

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 20:25 0 comments
Mari mengeja dan membatangkan suku kata terbuka dengan betul dan tepat.







Perkataan Bergambar V+KV

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 20:12 0 comments
Perkataan Bergambar V+KV (Perkataan Suku Kata Terbuka)






Sunday, 20 November 2011

Suku Kata KV

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 10:03 0 comments
Mari eja dan bunyikan Suku Kata KV


Suku Kata

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 09:46 0 comments
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal(V) dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan(K). Beberapa jenis suku kata:


1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek


2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK +  KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat


3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang


4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Huruf Konsonan

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 09:18 0 comments
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.


Huruf-huruf Konsonan


Wednesday, 16 November 2011

Lagu Bunyi Huruf Vokal

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 10:15 0 comments
Mari sama-sama perdengarkan lagu bunyi huruf vokal..dari lagu ini, murid-murid akan dapat mengecam dan mengenal bunyi huruf vokal.

Mengenal Huruf Vokal

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 07:48 0 comments
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Huruf-huruf Vokal






Permainan Peta Huruf

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 06:27 0 comments
Salah satu aktiviti bagi memastikan murid mengenal huruf mengikut turutan adalah dengan bermain permainan peta huruf ini. Ianya pasti akan dapat menguji minda murid-murid. Permainan peta huruf ini boleh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan untuk murid-murid.

Klik pada gambar untuk mendapat gambaran lebih besar

Klik pada gambar untuk mendapat gambaran lebih besar

Cara Menulis Huruf Kecil

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 05:34 0 comments
Sebelum ini saya telah kongsikan cara menulis huruf besar dengan betul. Pada kali ini pula, saya akan kongsikan cara menulis huruf kecil dengan betul.
Klik pada gambar untuk mendapat gambaran lebih besar

Cara Menulis Huruf Besar

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 05:15 0 comments
Kebiasaannya, ada setengah murid boleh mengenal huruf dengan baik. Walaubagaimanapun, mungkin cara penulisan mereka salah. Di sini saya kongsikan cara menulis huruf besar.

Klik pada gambar untuk mendapat gambaran lebih besar
 

Mari kita berkongsi ilmu Hakmilik terpelihara © 2010 Edited Designed by Maliza Support by Lieya

Red Flower