Sunday 20 November 2011

Suku Kata

Posted by NOR MALIZA MAT MISROH at 09:46
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal(V) dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan(K). Beberapa jenis suku kata:


1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek


2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK +  KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat


3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang


4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

0 comments:

 

Mari kita berkongsi ilmu Hakmilik terpelihara © 2010 Edited Designed by Maliza Support by Lieya

Red Flower